Cuti Thaipusm
Muahahahahaa….
Sempena cuti Thaipusm, ingat bleh berehat kat umah. Tup-tup Ain datang plak. Mama dia anta jap kat umah Pah Pepen (Opah Taiping). Mak plak sibuk nak kacau bubuq asyura. Diorang sampai dalam pukui 8.30 pg. Sampai umah ja sibuk si Ain tu nak kaco bubuq sama. Mak aku taknak la dia "turut serta" mengacau so mak aku suruh bawak Ain gi jejalan kat taman. Wahhh… penin aku dibuatnya, mana nak carik taman kat area taman perumahan aku nih…. Nak tak nak, aku pon cepat2 mandi & bersiap then aku bawak dia gi pekan Tepeng. Ingat nak withdraw duit, pehtu nak survey batik (untuk setiap khamis — kononnya), pehtu nak gi beli barang2 nak wat bubuq asyura kat sekolah Khamis nih. Tapi memandangkan si Ain tu asyik bising ngak gi taman, so tepaksa la aku batalkan suma rancangan tadi tu dengan membuat lawatan ke Taman Tasik Taiping coz kat ctu la ada taman permainan kanak2 yg best cikit pon.
Tetiba budak kecik ni ternampak zoo " Along, kita gi zoo la, tak payah gi taman". Pulak! Mana dia tau itu zoo? Memang la ada tulisan "Selamat Datang Ke Zoo Taiping". Tapi budak ni baru umo 3 tahun!. Ahhh sudah….. Pehtu bising plak nak gi zoo. Aku pon berenti kat zoo then belek2 wallet huhu ada RM8.00 jer peh bubuh petrol RM10.00 sblom datang Taman Tasik. Hehe, tiket zoo utk dewasa RM5.00, kanak2 3 tahun RM3.00 so memang cukup2 jer duit aku.
Punya la letih berjalan dalam zoo tu. Tak sempat nak tengok banyak binatang pon
sempat tengok beruang ni jer. Beruang ni tengah mandi, tetiba Ain pekik "Beruang!!!!" Trus terbantut selera beruang tu nak mandi. Ish… ishh… budak ni…
Masa ni spesis monyet2 ni tengah breakfast, maklumla kitorg sampai dalam pukui 10.30, memang time diorang makan pon.
Punya la penat Ain sampai terteleng haaa…. Pehtu sibuk mintak ais kerim. Bila aku kata "Along tak cukup duit". Ain kata "Ala along beli ais kerim yg murah je dah la…". Ambooii maakkk…. Nah, ais kerim ni RM1.50 jer perisa oren, masa bukak pembalut tup tup sekerat ais kerim tu patah & jatuh ke lantai huhu. Sorry bos!
"Jomla main kat taman". Pulak dah, aku naik penin coz tetiba dia nampak taman permainan budak2 pulak kat Sentral Zoo. Takpa la, memang dari mula plan nak main kat taman so aku pon buat2 happy bawak Ain main. Bila dia main, nak kena tengok jugak, silap2 terseradung / terkehel / terpele’ot kat mana2 kang susah pulak. Tak pasal2 aku kena sekeh ngan suma orang kat umah aku, naya!. Lincah btoi budak ni main, tak reti penat ka??? Dahla dari umah tak makan apa. Roti aku beli tadi tertinggal dalam keta… Adehh…. aku ni jugak yg capek bangat!
Hehe sempat gak aku suruh dia posing, tetiba muncul sepupu aku "Ain!" Itu yg posing pandang tempat lain tu ish..ish.. Aaaa nasib baik gmbo yg ni ok la jugak…..
Okla, dah dekat pukui 1 dah, punya la penat aku dibuatnya, Allah ja yg tau. Budak kecik ni tetap tak faham apa itu PENAT coz tetiba dah masuk keta dia kata "Along, kita belom main boyan kan..". Aku nak pengsan dengo!
Pesanan Nur Ain Adha pada suma kawan2 Along kat Friendster : "Mehle jejalan kat Zoo Pepen (Taiping), best tau.. Ade beruang, ade monyet, ade ulo (ular) besooooo, ade taman menan (mainan), ade ais kerim murah jeee hehe ". Tima kasih Along, nanti kita main boyan plak tau"……
BOYAN????? Huh, Along "fobia" dengo pkataan BOYAN, apatah lagi KAMPUNG BOYAN, TAIPING… Hehe….